Thursday, September 14, 2017

Kehidupan kini

Assalammualaikum semua...

Bersiaran luar dari bandaraya Kuala Lumpur, berada di hujung2 negeri celah2 ceruk2 perkampungan yang sikit masa lagi takkan ada rupa kampung dah dan bertukar menjadi bandar baru...inshaAllah. Susah sekarang ni tak update entry, bila balik hotel mata dah separuh tutup. Balik bilik mandi solat segala by 9pm dah dialam mimpi. Itulah life selama seminggu ni, baru nak adapt orang kata. Nanti bila dah biasa, back to normal routine lah. Ramai geng2 ajak jogging pegi gym tapi masih tak sempat sekarang ni. Bertabahlah menjaga pemakanan sekarang ni sementara nak settle down cara hidup.

Weekend nanti balik KL, dah rindu kucing2 yang ditinggalkan tu. Suami jangan di tanya la, hilang akal kalau tak rindu kan.

Anyhow hidup mesti diteruskan walau apa cara sekali pun kan. Hiduplah tunggang langgang lagu rentak apa pun, besok lusa tulat tahun depan pun nak hidup jugak. Perancangan itu penting...

Ada saat kita berasa 'selesa' dan ada ketika kita pasti akan rasa 'seksa'. Anggap itu ujian, baru tak mengeluh. Takdenya manusia tu diduga luar dari kemampuan, itu janji Allah kan. 

Rindu pulak rasanya nak tengok matahari di Ampang...soon am coming home 💃💃💃