Thursday, August 10, 2017

Men's Health Women's Health Night Run 2017

Assalammualaikum semua...


Dated: 22nd July 2017
Venue: MAEPS Serdang
Time: 6.00pm
Catagories: 21km, 12km, 5km (fun run)

Venue sepatutnya di Putrajaya tapi rasanya in April this year dapat notification that this event will be change the venue at MAEPS Serdang. Ok saya suka coz belum pernah lagi lari dekat MAEPS, teruja jugak la jemah ni. 

One week before event, race kit collection diadakan di Atria Shopping Gallery. Last time datang mall ni masa tengah sendu dulu tapi bila datang sekali lagi ni, rasa terpegun pulak. Tempat ni macam LIVE sangat berbanding dulu yang rasa takde apa2 tu. Ada banyak kedai, banyak jugak tempat2 makan tapi sebelum datang tu saya dah lunch nasi campur dekat TTDI. Nak minum pun macam kenyang sangat lagi, so just singgah ambik race kit saja. Punya ramai orang beratur, terpaksa suruh suami parking jugak. 

Keluar dari rumah on event day lebih kurang 6pm since run start 8pm. Jalan jammed le pulak sebab raya masih lagi ada and minggu tu adalah minggu akhir. Dah start stress, mesti lambat sampai ni kalau layan jugak jammed tu. Suami ambik la short cut la long cut la nak bagi lepas sesak and sampai tempat parking dah tinggal 30mins time sebelum gun time. Dengan nak mencari drop bag counter-nya, Q pun boleh tahan panjang tapi mujur cepat. Lepas tu kelang kelibut mencari tempat start point sebab tempat lain2 dari finish line. Lari pusing2 mencari sampai jumpa. Mujur saja gun time dia lambat 15mins, sempat menyelitkan diri di group tengah + dapat panaskan badan sekali sebab berlari2 ke sana ke mari mencari start point tu. 

medal ke 5, 2017

So far oklah route di MAEPS ni cuma kena pusing laluan yang sama 2 kali untuk complete 21km. Laluan agak sempit sebab kena pecah 2 laluan pergi dan balik. 

Lama cuti sejak last larian on April, this time result lagi jauh tersasar dari target. Takpe, ambik mood orang kata, lepas ni kita cuba lagi.

Offical result as above, boleh la ek nak bagi panas engine je ni 💆

10 comments:

Ieda Qema said...

hebatnyaaaaa sis.. kita dah membesar dgn sihat nih dah lama tak lari2...
kita dah lama x blogging.. tak sangka sis datang jenguk.. hehehehe.. :)

merahitujambu said...

bestnya dapat running..seronokkan join program mcm ni

dear anies said...

penah jg lari kt maeps ni tp x tau knapa sy x berapa suka sbb ms tu laluan dia tu sy rs sempit... nk potong pun rs payah... tp skrg dah ok kot

umi alya said...

Tahniah.. hebatnya Ann

Azura Aziz said...

Wow tahniah Ann. Qekra memang tabik spring kat pompuan yg suka acara lari2 ni. Kita ni lari dalam rumah ejr kejar anak-anak hehe...

mamapp said...

21 km? Kalau mama dh pengsan dah haha.. Tahniah ye you made it

hainom OKje said...

Kagum dengan semangat lari awak tu Ann...

farhanna jafri said...

wow tahniah! Medal dia pun cantik nak simpan buat kenangan. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D

aizamia 3 said...

wah.. tahniah.. medal pun cantik. Kalau ai join pun untuk yang 5km jelah.. tapi itulah dah lama stop dari aktiviti lasak ni..

Amanda Suria said...

Cantik medal tu..rajin akak join lari2 ni...