Monday, July 3, 2017

9th Syawal - Puasa ganti day 4

Assalammualaikum semua...

Dah mula bekerja ke uolsss?!! Sekolah pun dah mula hari ini ye kan. Pada sesiapa yang baru sampai pagi tadi dari kampung halaman mesti ambik another 1 day cuti kan, besok saja baru semangat nak masuk office pun. 

Lama cuti raya, hari ni rasa lemau sikit nak pegi kerja sebenarnya. Maklumlah syaitan nirrojim dah lepas kan, banyak hasutan leni 😈 

Weekend lepas payoh sikit nak puasa (pengaruh syaitan jugak tuh), masa tu le banyak undangan hari raya open house. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari katanya kan, kita visit kurang lama sikit2 mana yang sempat tu. Pagi semalam dah mencari mamak jugak, dok behi nak telan benda2 berbaur ketupat lemang dan sebagainya ni 😌

Ravi's kami terjah secara berjemaah dengan abg ngah sekeluarga. 

Petang ni plan nak masak patin tempoyak. Fresh ikan ni masa dapat, beli dekat Temerloh. Ada jugak sikit belimbing buluh ambik dekat kampung makcik ari tu masa raya, memang dah molek sangat masukkan sekali dalam masakan ni nanti. Bertambahlah nasi nampaknya masa berbuka puasa nanti ni, inshaAllah 😍

1 comment:

Warisan Petani said...

Selamat berpuasa Syawal.
Sedapnya ikan baung sungai tu.
kalau orang sini, masak asam pedas