Monday, July 10, 2017

16th Syawal - Lite update

Assalammualaikum semua...

Hari ini dah pertengahan bulan kita berhari raya tapi rata2 masih terasa kehangatan hari raya itu sendiri. Raya sebulan kan tapi terasa macam baru je semalam kita berhari raya pertama, cepat sungguh masa berlalu. Saya masih belum dapat meneruskan puasa ganti dan puasa sunat aidilfitri, inshaAllah sehari dua lagi bolehlah mulakan semula bila diizinkan nanti 😖

Weekend Sabtu jadual penuh dengan jemputan tapi saya ni memang memilih kalau nak memenuhi semua jemputan tu. Ikut mana yang sempat dah lebih utamakan pada jemputan ahli keluarga dahulu. Macam semalam dah penat sangat, lalu berkurung dalam rumah sambil senang lenang tengok tv dari pagi sampai ke malam. Katam segala movie saya layan, best sungguh. Suami keluar sekejab lepas Zohor jumpa anak saudara...petang baru balik, saya malas nak ikut 😘
  
Dapat pucuk mengkudu ni dari kakak ipar, selera la semalam makan nasi budu berulam dengan daun ni. Bertambah makan 2 pinggan uolsss 😜

Lepas makan, golek2 layan ini budak bulus. Gwen kalau dapat tido, walau macam mana dikacau pun dia takkan bangun punya. Senang hidup ko nak, jalan makan tido saja. Tak suka didukung tapi sebenarnya tengok orang jugak yang dia nak berdukung pun. Tak suka dengan budak2, kalau ada budak2 in the house surely dia menyorok ataupun jadi bad mood...lepas tu start buat perangai. Obviously dia akan kencing dekat alas kaki instead of dekat pasir dia. Banyak ragam dia ni, mujur sajalah ko kucing...tetap comel dipandang 😝