Sunday, May 21, 2017

Nasi lemak sedap di Village Park Damansara

Assalammualaikum semua...

Hari ni banyak jalan2 utama di KeeL tutup for KL Marathon. Sayang this year saya tak depat join sebab application tutup cepat sangat, tak rezeki orang kata so kita duduk diam2 dekat rumah sudah la 😆

Malam tadi selepas selesai semua kerja2 untuk kenduri tahlil hari ini di rumah ibu mertua, saya dan suami terus pegi ke rumah abang saya di Kota Damansara. Kami stay overnight di sana sebab dah janji nak breakfast sama hari ini. 

Selalu dengar my brother cakap nasi lemak sedap dekat Uptown Damansara, teringin jugak nak cuba. Mesti sedap ni sebab my brother tu susah sikit nak kata sedap kalau tak betul2 sedap di tekaknya. Kalau kita ni asal sedap, ok aje kan.

Seawal 8am, dah penuh dengan customer sampai ke luar kedai. Ini pun saya dengan kakak ipar turun kereta dulu untuk chop booking meja sementara yang lain cari tempat untuk parking kereta. Dah datangnya 3 kereta, faham2 la nak susun macam mana keluarga Hj Ishak ni kan 😇

Demi nasi lemak sedap itu, kami sanggup je menunggu meja tapi dipermudahkan segalanya bila tak lama mana menunggu dan meja kami siap tersedia di sebelah dalam kedai. Syukur lagi sebab tak perlu berpanas dekat luar kedai. 

Kedai ini memang tidak putus dengan customer even semasa kami sudah habis makan, tetap penuh seperti sebelumnya. Asal ada meja kosong, pasti dah ada yang menanti. 

Walaupun nampak seperti agak sesak dengan customer, ventilation dalam kedai ini for me agak baik...takde bau2 yang kurang menyenangkan seperti bau makanan or seumpamanya. Table pun dibersihkan dengan cepat sebaik saja last customer bangun dari meja, takdelah customer yang lain kena menunggu lama untuk meja dibersihkan. If not mistaken kedai ini ada 2 shoplot sebelah menyebelah, so memang banyak table/seat disediakan + services pun baik coz staff yang ramai 😉 

This is our family table, mujur dapat dekat corner...agak convenience untuk kami dan customer2 yang lain jugak sebab meja kami combine 2 table untuk accommodate semua orang 😊 
  
Cuma yang kurangnya, teh tarik tak sama kaw dengan mamaks la 😌

As me and husband are 1st timer datang ke sini and we decide to order the famous nasi lemak with spices fried chicken. Nasi lemaknya memang alahaiiiii sedapnya, dengan rasa lemak secukup rasa sampai saya order lagi semangkuk nasi lemak tambah share dengan suami. Ambik basic nasi lemak dengan sambal je dah cukup sedap rasanya 😋

1 comment:

ejulz said...

Wowww. Terbaek..