Friday, April 21, 2017

Salam Jumaat

Assalammualikum semua...

Macam mana hari Jumaat uolsss semua. Mood Jumaat ni biasanya lain sikit, dia punya happy tu semacam je, maklumlah last day keje sebelum cuti weekend kan + pulak dapat extra sehari lagi cuti sampai Isnin...meh lompat bintang sesama 🙌 

Pagi tadi jumpa tak fenomena, wahhh gempak pulak bunyinya "fenomena" 😅 

Bukan fenomena apa la, cuma langit gelap macam nak hujan ribut taufan. Saya keluar rumah dalam 645am, budget baek punya sempat sampai 715am dekat office tapi tersasar jua sebab jalan jammed lepas turun dari flyover Ampang Point. Adoiii...dah terdetik dalam hati, 'polis trafic tak jaga ke atau hujan dah lebat ke'. Terus masuk Ampang Hilir kemudian potong tu Kg Pandan lepas tu masuk balik Ampang Hilir dan terus keluar tu Jalan Ampang selepas Victoria Station. Alhamdulillah dekat situ laluan dah ok. Sempat sampai office sebelum 730am. 

Tapi seyes, pagi tadi punya kegelapan tu rasa macam nak malam. Kalau hujan tu mau selebat2nya tapi syukur, cuaca terang semula dan la ni paneh 😇

Sama kisahnya dengan petang semalam, hujan mencurah dengan lebatnya sampai ada dengar2 sesetengah tempat banjir kilat. Plan asalnya saya nak balik awal sebab nak pegi early dinner dengan suami tapi kena tukar plan. Dengan jalan jammed petang semalam lebih baiklah saya pegi gym saja sebelum balik. Pegi gym bukan untuk workout sebab memang tak plan nak pegi tapi saya pegi untuk mandi saja sambil2 tu boleh manjakan diri dengan masuk sauna dengan steam room. By the time siap, jammed pun dah reda...baru boleh pulang naik bus dengan aman 😉 

Plan dinner masih diteruskan, masa yang ada kena guna dengan sepenuhnya kan. Bukan candle light dinner pun cuma pegi makan steamboat je. Sejuk2 lepas hujan ni sedap kalau dapat hirup sup panas dengan makan benda2 panaskan. Tempat pilihan tentulah Q Thai Steamboat. 

part paling best sekali, grill...segala perisa sayap ada dekat situ 😊

tapi saya banyak hirup sup je, terus hari ni sihat dari selemo 😋

Hope this weekend will be the happiness days of uolsss life...inshaAllah  

No comments: