Saturday, April 22, 2017

Fikclers Cafe, TTDI

Assalammualaikum semua...

Bersiaran malam minggu di Seremban, cuti 3 hari kan...meh balik kampung kelahiran. Baru je sampai about 8pm tadi.  

Nak review tempat makan, baru pertama kali datang walaupun tau tempat ni dah lama beroperasi. Sebelum ni ada niat je nak singgah tapi niat dengan perbuatan tak seiring...tapi tidak kali ini, saya betul2 singgah. Plan untuk makan di sini secara kebetulan sebab saya dari kawasan berhampiran sebelumnya untuk collect race kit. Yang paling membuatkan nak singgah tu pulak, dapat parking depan kedai dek non...mau hakak tak berkobar2 singgah. Tak dapat parking dekat, rasanya tak singgah kot 😌

Fikcles Club (RM22.90) pilihan saya. SEDAP... Sebelum terlupa, cafe ini adalah HALAL ye. Masa kami datang, port tempat duduk pilihan adalah disebelah dalam...iolsss is puteri ais, tak boleh kena paneh ni tapi still ada jugak disediakan meja disebelah luar untuk pengemar2 bahang paneh dan asap rokok 😎

Lontong Goreng (RM10.90) pilihan suami, teruja dia bila tengok nasi impit dijadikan menu seperti itu...dia tak pernah cuba lagi. Makanan ni kan femes emes di kalangan Jawarian di Johor, saya pernah cuba sekali menikmati menu ni dan rasanya tak mengecewakan. Sedikit kelainan bagi suami saya yang sudah sangat biasa makan lontong jawa. Selain dari nasi impit, terdapat jugak potongan daging ayam, telur goreng mata kerbau dan papadom. Ramas papadom tu bagi hancur lepas tu gaul semua, suap masuk mulut...perh 😍

Bila dah kenyang, coffee time pulak...Classic Mocha (RM12.00). Dah memang hakak orang classic dek non, pilihan pun classic jugak la 😏

White Chocolate Mocha (RM12.00) pilihan suami. Overall makanan di sini adalah sedap mengikut menu yang saya pilih. Persekitaran sempat jugak menarik...ala hipster gitu, kemas dan bersih. Tandas disediakan dan dalam keadaan bersih dan kering jugak. Tandas adalah penting disetiap  cafe2 atau restoran makanan, kalau makanan sedap meletops sekali pun tapi tandas adalah teruk, akan memberi impak negative jugak 😐

Sempurna hari ni puasa ganti saya yang ke 5, another 5 days to go inshaAllah. 

No comments: