Friday, January 6, 2017

Kenduri kawin penutup 2016

Kira azam baru jugak ni, setiap malam sebelum tido saya akan iron baju tudung untuk keesokan harinya. Macam sebelum ni memang malas sangat nak buat macam tu, tahan la bangun pagi lepas mandi baru sibuk2 nak iron. Bukan tak pernah terbangun lambat lepas tu kelang kelibut menggosok baju lepas tu dah tentulah lambat keluar rumah. Serik masa tu je tapi lepas tu tak jugak insaf. Tapi mulai tahun ini saya cuba untuk berubah, kena pasak dalam diri sebelum tido buat kerja2 mengosok ni dulu. Tak sampai seru lagi nak gosok sekali gus hujung minggu 😎

Tapi lain pulak yang terjadi kini, bila saya dah siap awal tapi suami punyalah liat nak kejut pagi. Dia ni kalau malam tahan mata semata nak tengok sport kegemaran dia, tah jam berapa baru nak tido. Selalu je tv yang tengok dia tido. Memang saya akan kejut dia awal untuk subuh dulu, sambil2 tu saya bersiap2 tapi lepas tu dia boleh sambung tido semula. Yang menjadi masalah, tido for 2nd time memang payah liat nak bangunnya. Mulalah hakak jadi tarzan di pagi hari, bukan sebab anak liat nak bangun pegi sekolah tapi laki. Begitulah yang terjadi pagi tadi, tapi alhamdulillah mujur boleh sampai office sebelum 8am 😐
Hujung minggu lepas penghujung tahun 2016, attend wedding dekat kampung. Bukan saudara mara sedarah sedaging tapi saudara sesama Islam. Dekat kampung kan begitu, satu kampung kenal sesama jiran tetangga. Saya tak kenal tuan rumahnya tapi adik beradik saya yang lain kenal so demi nak berkumpul adik beradik sendiri, saya pun datang majlis kenduri kawin ni. Semua adik beradik saya hadir 😘


Anak2 saudara jugak turut serta mana yang ada. Sekarang ni diorang dah balik ke hostel masing2, inshaAllah hujung bulan ni diorang balik lagi for semester break sebulan.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Kalau dekat kampung, mereka masih mengamalkan masak sendiri untuk upacara perkahwinan. Panggil orang2 kampung datang untuk tolong memasak sama. Tapi tak ramai lagi yang buat cara itu walaupun ada segelintir yang masih mengekalkannya. Biasalah dekat kampung tinggal yang dah berumur panjang, mana terlarat lagi mereka2 untuk menguruskan kerja2 macam tu lagi. Nak harapkan golongan muda2, memang alternative choice yang di buat...cater sajo 😜

3 comments:

Anis Azalea said...

Masakan kampung secara rewang memang meriah kalau masak tu...tapi penat weh nak cuci periuk belanga..

Adam said...

selamat tahun baru

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp tgk menu kenduri tu..hehe