Friday, August 26, 2016

Perihal rumah kucing

Pagi tadi masa nak ke parkir kereta, ternampak satu kucing ni. Comel sangat, bulu kembang gebu2 situ. Saya ni memang pantang nampak kucing, mesti nak berhenti, cuba panggil2 pujuk2 supaya kucing tu datang and boleh belai2. Memang kucing ni tak takut orang, berlari2 penuh dramatic lagi datang kepada saya. Mesti ada tuan empunya kucing ni sebab ada kalung di leher. Kebiasaanya dekat apartment saya ni hanya ada kucing peliharaan je, kucing liar terbuang tu memang takde langsung. 

Comel sangat la dengan golek2nya, pusing2 kaki lepas tu panjat2 macam nak mintak dukung je tapi tak daya la. Dah nak pegi kerja, tak pepasal baju penuh dengan bulu kucing nanti.

Lepas tu adalah sorang hamba Allah bangsa lain ni lalu, terus kucing tu lari menyorok bawah kereta tak nak keluar dah. Owh takut orang jugak rupanya, ingatkan manja tak kira siapa. Tapi pernah terdengar jugak orang kata yang kalau kita ni suka kucing or bela kucing, kucing2 lain di luar yang bukan belaan kita pun akan datang dekat kita bila di panggil. Kerana sense hidung kucing mampu menghidu bau kucing dekat badan kita. Entahlah betul ke tidak, kurang pasti pulak.
  
Pada yang selalu ikut entry saya pasti tau dah yang family saya pun semuanya suka dengan kucing, setiap rumah adik beradik semuanya mesti ada kucing. Dalam gambar dekat atas tu di rumah my sister. Ini keluarga memang pencinta kucing dari makpak sampai ke anak2nya sekali. Masing2 ada kucing sendiri waima kalau dah kumpul semua jadi ramai la pulak. 2 rumah kecik itu sebenarnya adalah rumah kucing bukannya reban ayam atau itik :p

Terpaksa buat 2 rumah sebab satu rumah macam penuh sangat, dah kalah rumah setinggan pulak. Ada berapa ekor semuanya...erm entahlah, tak kuasa pulak nak kira. 

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

rumah ada laman mmg best buat rumah kucing..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cutenya kan sampai nak mintak2 dukung plak dia. Mesti tuan dia nangis kalau hilang. Saya sejak duduk sini dah lama tak jumpa kucing.

Sue Bee said...

Takda ke yang buat laporan kucing hilang?..siannya, tapi elok jugak idea buat rumah kucing mcm ni.

Anis Azalea said...

Besarnya rumah dia..